31 OGOS 2011 ((: raye with my blog...

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA DARI KAMI SEKELUARGA...

~my family gonna "raye"~

06 JAN 2011 ((: DangA BaY JohoR ~

CUMA MAIN-MAIN ! ((:

~kawan sampai mati !~

~sahabat selamanya~

02 JAN 2011 ((: ~z0o j0hor~

HURU-HARA DGN MEREKA ((:

~mane" tmpt pn b0le p0sing jap~

~ak anak Johor~

Cara Berlawan Dengan Hantu

Sedikit tips yang aku dapat dari sumber-sumber yang tidak diketahui.

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.? Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.? Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia,kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia.Cara mengalahkannya, senang aje, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang.? Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya.. lepas tu sah-sah lah dapat penampau selipar Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...

Hantu Ponteng (MC)
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr.. takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..... macam sekarang nih.. s! ah-sah tengah baca e-mail nie.......macamana nak jawab.....korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja...

Kisah Orang Asli Dan Wartawan Sesat
Sekumpulan saintis telah masuk ke dalam hutan untuk buat satu kajian tentang khasiat tumbuhan hutan,seorang (Dr.Ahmad) daripada mereka telah terpisah dan sesat.Dalam perjalanan,Beliau terserempak dengan sekumpulan orang asli dan beliau ditangkap oleh mereka kerena beliau dianggap penjajah.Dr.Ahmad pun menerangkan situasi sebenar,akhirnya mereka terima kedatangan Dr.Ahmad dengan baik.Di sebelah malam,mereka berborak panjang dan perbualan akhir beliau dengan ketua (Tok Neram) orang asli tersebut ialah...
TN=Tok Neram
DA=Dr.Ahmad

TN : sebenarnya,saya tak suka dengan bandar...
DA : kenapa Tok?
TN : sebab,dia orang ni pengotor...
DA : mana tok tahu?
TN : tok tahu lah...sebab dia orang makan ayam,lembu,kambing...semua tu makan tahi..
DA : ooo...jadinya,orang bandar makan tahi la ye?
TN : tok malas nak cakap,harap awak dapat fikir la ye...
Dr.Ahmad mula rasa tercabar kerana beliau orang bandar
DA : tapi,apa beza dengan orang asli tok?
TN : kami tidak!.kami semua pembersih...kami makan burung,burung hanya makan buah-buahan..senang cerita,semua haiwan yang terbang kami makan..(bangga)
DA : semua yang terbang?(cari idea)
TN : ye la...
DA : helikopter tok makan tak?
TN : helikopter tu terbang tak?
DA : helikopter memang terbang tok...makan tak?
TN : kalau macam tu,makan lah sikit-sikit...
DA : tok memang hebat!!!(tersenyum puas)
TN : semestinya....

SAUDARAKU!!!..KAMI DI SINI TUMPANG SIMPATI..



Ya Allah , sebagaimana Engkau pernah menghantar Burung – Burung Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin , maka kami memohon kepada Mu Ya Allah , turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang Islam di Palastin dan lebanon , hancurkanlah rejim Zionis .. Ameen

________________________________________________________

YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN
YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT
YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT
YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN
YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 KECIL YANG TIDAK BERDOSA
YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KAUM WANITA PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA PEMBUNUHAN TENTERA REJIM ZIONIS LAKNAT
YA ALLAH KAU TURUNKANLAH MALAPETAKA KEPADA TENTERA REJIM YAHUDI LAKNAT
YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH MALAPETAKA KEPADA ISRAEL,AMERIKA SERTA SEMUA NEGARA YANG BERSEKONGKOL DENGAN REJIM YAHUDI DALAM PEMUSNAHAN NEGARA ISLAM PALESTIN
ALLAH HU YA ALLAH!!!
KAU HANCURKAN LAH SEMUA TENTERA REJIM YAHUDI YANG BERADA DIDALAM NEGARA PALESTIN,AL-AQSA
YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH BALA KEPADA ISRAEL,AMERIKA SERTA SEMUA NEGARA YANG BERSEKONGKOL MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN YANG TIDAK BERDOSA
YA ALLAH..
KAU PERKENANKANLAH DOA KAMI
KAU MAKBULKANLAH DOA-DOA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
AMINNNNN...



Thursday, December 2, 2010

Eminem - Love The Way You Lie ft. Rihanna

HALWA IMAN=]

Setengah perawi pula telah menyebut bahawa kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i adalah di dalam bentuk jawapan dan perdebatan, iaitu satu penulisan yang dituju khas kepada fuqaha’ ahl al-Ra’y sebagai menjawab kecaman-kecaman mereka terhadap Malik dan fuqaha’ Al-Madinah. Kenyataan mereka ini berdasarkan kepada riwayat Al-Buwaiti : “Kata Al-Shafi’i : Ashab Al-Hadith (pengikut Imam Malik) telah berhimpun bersama-sama saya. Mereka telah meminta saya menulis satu jawapan terhadap kitab Abu Hanifah. Saya menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui pendapat mereka, berilah peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab mereka. Lantas saya meminta supaya disalinkan kitab-kitab itu.Lalu disalin kitab-kitab Muhammad bin Al-Hasan untuk (bacaan) saya. Saya membacanya selama setahun sehingga saya dapat menghafazkan kesemuanya. Kemudian barulah saya menulis kitab saya di Baghdad. 
Kalaulah berdasarkan kepada keterangan di atas, maka kita pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i semasa beliau di Iraq ialah sebuah kitab dalam bentuk jawapan dan perdebatan, dan cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan ahl al-Ra’y. Ini juga menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih awal dari masa penulisan kitab “Al-Risalah”, iaitu di antara tahun-tahun 184 – 186H. 

Method Penulisan Kitab-Kitab Qadim 

Berhubung dengan method penulisan kitab “Al-Hujjah” dan lain-lain belum dapat kita pastikan dengan yakin kerana sikap asalnya tida kita temui, kemungkinan masih lagi ada naskah asalnya dan kemungkinan juga ianya sudah hilang atau rosak dimakan zaman. Walaubagaimanapun ia tidak terkeluar – ini hanya satu kemungkinan sahaja – dari method penulisan zamannya yang dipengaruhi dengan aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqaha’ di dalam beberapa masalah, umpamanya pertentangan yang berlaku di antara mazhab beliau dengan Mazhab Hanafi da juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat dalam penulisan kitab “Al-Um” yang pada asalnya adalah kumpulan dari beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya. Setiap kitab itu masing-masing membawa tajuknya yang tersendiri, kemudian kita itu pula dipecahkan kepada bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk yang tersendiri. Di dalam setiap bab ini dimuatkan dengan segala macam masalah fiqah yang tunduk kepada tajuk besar iaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab “Al-Taharah”, ia mengandungi tiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua kandungan bab-bab itu ada kaitannya dengan Kitab “Al-Taharah”. 

Perawi Mazhab Qadim 

Ramai di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di antara mereka yang termasyhur hanya empat orang sahaja : 

1. Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240H. 
2. Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun 260H. 
3. Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun 245H. 
4. Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H. 

Menurut Al-Asnawi, Al-Shafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqah. 


Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim 
Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199H menyebabkan berlakunya satu rombakan besar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini adalah berpunca dari penemuan beliau dengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau kerana beliau mendapati hadis-hadis yang sahih yang tidak sampai ke pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana hadis-hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada di Mesir sesudah kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan kerana itu beliau telah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab saya”. 
Di dalam kitab “Manaqib Al-Shafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa buah kitab lama (Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :- 

1. Al-Risalah 
2. Kitab al-Siyam 
3. Kitab al-Sadaq 
4. Kitab al-Hudud 
5. Kitab al-Rahn al-Saghir 
6. Kitab al-Ijarah 
7. Kitab al-Jana’iz 

Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab lamanya yang mana fatwa ijtihadnya telah diubah. 
Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafi’i melarang para sahabatnya meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang ditolak kepada orang ramai. Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk di sana-sini di dalam kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis fuqaha’ yang terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian. Kemungkinan hal ini berlaku dengan kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Za’farani, Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahui umum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka yang menerima pendapat-pendapatnya itu tidak mengetahui larangan beliau itu. 
Para fuqaha’ itu bukan sahaja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang berani mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong oleh hadis-hadis yang sahih. 
Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i, malahan itulah pendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah mazhab saya”. 
Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang sahih kita akan menemui dua sikap di kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i :- 
Pertamanya : Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid Mazhab Al-Shafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Shafi’i yang tidak dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Shafi’i) apabila ia mengeluarkan pendapat barumya yang bercanggah dengan pendapat lamanya tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya. 
Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua pendapatnya yang bertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya. 

Kitab-kitab Mazhab Jadid 

Di antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :- 

i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau berpeindah ke Mesir. 
ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam kitab “Al-Um”, seperti :- 

a) Di dalam bab Taharah : 
1. Kitab al-Wudu’ 
2. Kitab al-Tayammum 
3. Kitab al-Taharah 
4. Kitab Masalah al-Mani 
5. Kitab al-Haid 
b) Di dalam bab Solah : 
6. Kitab Istiqbal al-Qiblah 
7. Kitab al-Imamah 
8. Kitab al-Jum’ah 
9. Kitab Solat al-Khauf 
10. Kitab Solat al-‘Aidain 
11. Kitab al-Khusuf 
12. Kitab al-Istisqa’ 
13. Kitab Solat al-Tatawu’ 
14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah 
15. Kitab al-Jana’iz 
16. Kitab Ghasl al-Mayyit 
c) Di dalam bab Zakat : 
17. Kitab al-Zakah 
18. Kitab Zakat Mal al-Yatim 
19. Kitab Zakat al-Fitr 
20. Kitab Fard al-Zakah 
21. Kitab Qasm al-Sadaqat 
d) Di dalam bab Siyam (Puasa) : 
22. Kitab al-Siyam al-Kabir 
23. Kitab Saum al-Tatawu’ 
24. Kitab al-I’tikaf 
e) Di dalam bab Haji : 
25. Kitab al-Manasik al-Kabir 
26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir 
27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir 
f) Di dalam bab Mu’amalat : 
28. Kitab al-Buyu’ 
29. Kitab al-Sarf 
30. Kitab al-Salam 
31. Kitab al-Rahn al-Kabir 
32. Kitab al-Rahn al-Saghir 
33. Kitab al-Taflis 
34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir 
35. Kitab al-Sulh 
36. Kitab al-Istihqaq 
37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah 
38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah 
39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib 
40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir 
41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi 
42. Kitab al-‘Ariah 
43. Kitab al-Ghasb 
44. Kitab al-Shaf’ah 
g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) : 
45. Kitab al-Ijarah 
46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah 
47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat 
48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir 
49. Kitab Kara’ al-Ard 
50. Kara’ al-Dawab 
51. Kitab al-Muzara’ah 
52. Kitab al-Musaqah 
53. Kitab al-Qirad 
54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat 
h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) : 
55. Kitab al-Mawahib 
56. Kitab al-Ahbas 
57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba 
i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) : 
58. Kitab al-Wasiat li al-Warith 
59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq 
60. Kitab Taghyir al-Wasiah 
61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit 
62. Kitab Wasiyat al-Hamil 
j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain : 
63. Kitab al-Mawarith 
64. Kitab al-Wadi’ah 
65. Kitab al-Luqatah 
66. Kitab al-Laqit 
k) Di dalam bab Nikah : 
67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah 
68. Kitab Tahrim al-Jam’i 
69. Kitab al-Shighar 
70. Kitab al-Sadaq 
71. Kitab al-Walimah 
72. Kitab al-Qism 
73. Kitab Ibahat al-Talaq 
74. Kitab al-Raj’ah 
75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz 
76. Kitab al-Ila’ 
77. Kitab al-Zihar 
78. Kitab al-Li’an 
79. Kitab al-‘Adad 
80. Kitab al-Istibra’ 
81. Kitab al-Rada’ 
82. Kitab al-Nafaqat 
l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) : 
83. Kitab Jirah al-‘Amd 
84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat 
85. Kitab Istidam al-Safinatain 
86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin 
87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad 
88. Khata’ al-Tabib 
89. Jinayat al-Mu’allim 
90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam 
91. Kitab al-Qasamah 
92. Saul al-Fuhl 
m) Di dalam bab Hudud : 
93. Kitab al-Hudud 
94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah 
95. Qutta’ al-Tariq 
96. Sifat al-Nafy 
97. Kitab al-Murtad al-Kabir 
98. Kitab al-Murtad al-Saghir 
99. Al-Hukm fi al-Sahir 
100. Kitab Qital ahl al-Baghy 
n) Di dalam bab Siar dan Jihad : 
101. Kitab al-Jizyah 
102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i 
103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi 
104. Kitab Qital al-Mushrikin 
105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul 
106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy 
107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah 
o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) : 
108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab 
109. Kitab al-Dahaya al-Kabir 
110. Kitab al-Dahaya al-Saghir 
111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih 
112. Kitab Dhabaih Bani Israil 
113. Kitab al-Ashribah 
p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) : 
114. Kitab Adab al-Qadi 
115. Kitab al-Shahadat 
116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid 
117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat 
118. Kitab al-Aqdiah 
119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur 
q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain : 
120. Kitab al-‘Itq 
121. Kitab al-Qur’ah 
122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah 
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half 
124. Kitab al-Wala’ al-Saghir 
125. Kitab al-Mudabbir 
126. Kitab al-Mukatab 
127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad 
128. Kitab al-Shurut 

Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’, seperti :- 

1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith 
2. Kitab Jima’ al-Ilm 
3. Kitab Ibtal al-Istihsan 
4. Kitan Ahkam al-Qur’an 
5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla 
6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy 
7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i 
8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin 
9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan 
10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah 
11. Kitab Fada’il Quraysh 

Ada sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu “al-Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah ulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”.